Nilai P.Moral  

Posted by Michelle Chang

1
Kepercayaan kepada tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
2
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
3
Harga diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
4
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
5
Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
6
Tolenrasi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
7
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
8
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dangan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
9
Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
10
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
11
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan buktl yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
12
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
13
Kasih sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
14
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan menberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni
15
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamaikan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
16
Tanggungjawab terhadap keluaga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
17
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
18
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara
19
Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
20
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
21
Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
22
Taat dan setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara
23
Sanggup berkorban untuk negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara
24
Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehiudupan mereka yang sempurna
25
Menhormati hak wanita
Melindungi dan mengiktirafkan wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara
26
Melindungi hak pekerja
Menghormati, menghargai, dan mengiktirafkan perkhidmatan, jasa, dan sumbangan dalam pembangunan negara
27
Menhormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan secara bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirafkan mereka sebagai insan ciptaan tuhan
28
Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplotasi
29
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada
30
Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
31
Kebebasan beragamaan
Kebebasan setiap individu untuk menganut dan memelihara agamanya seperti yang diperuntukan dalam Perlembangan Malaysia
32
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undangan dan Perlembagaan Malaysia
33
Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebeneran fakta dan norma masyarakat
34
Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
35
Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
36
Saling menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

This entry was posted on 1:08 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments